Thursday, January 04, 2007

Mati itu PASTI

Mati itu PASTI

Mati itu pasti...beberapa kali aku dan housemate ku ke kaunter untuk check in, beberapa kali itulah kami di suruh dtg balik since flite masih belum tiba di terminal, jam sudah menunjukkan pukul 415pm sedangkan waktu sebnar penerbaganku untuk pulang ke Dublin ialah 400pm

hatiku sedikit sedih+kurang sabar menunggu, di tambah pula dgn diri yg agak kepenatan setelah beberapa hari berkelana di bumi UK, namun aku cuba memujuk hatiku dan memaksa diri ini untuk bersyukur dgn keadaan yg berlaku..."mungkin ade hikmah di sebalik kelewatan ini, lg pun hujan masih belum reda di luar sana"..begitulah aku sentiasa memujuk hati ni tatkala apa jua yg berlaku, belajar dan memaksa diri untuk menerima/meredhai apa yg berlaku kpd diri setelah berusaha yg terbaik, belajar untuk meyakini kebaikan dalam setiap perkara yg ditetapkanNYA kpd diriku dan sekaligus melatih hati ini utk bersangka baik dgn Pemilik Semesta ini....

Masa yg di tunggu telah tiba, aku dan housemate melangkah ke gate 57C seperti yg tertera di boarding pass, hujan di luar masih belum berhenti, angin sejuk sehingga menembusi jaket/pakaian ku yg berlapis2 ini, hanya Tuhan yg tahu betapa berharapnya aku utk berada di rumahku yg agak warm dan selesa...

pesawat EI275 itu berjaya berlepas...tak sabar rasanya utk ku tiba di Dublin Airport, setelah selesai membaca sedikit doa2, ku cuba pejamkan mata dgn harapan apabila ia terbuka aku sudah tiba di bumi Ireland...

Cuaca kurang baik, keadaan flite agak bergegar mengejutkan aku di pertengahan lena..kekadang siren berbunyi meminta penumpang utk pulang ke seat masing2..kami di beri tahu yg penerbangan kami mungkin delay dlm masa 1/2 ke sejam lebih..hatu ku resah, mulutku terkumat -kamit membacakan beberapa doa memohon keselamatan kami, aku merenung ke tingkap, gelap..dalam fikiranku mengagak di bawah sana adalah laut iaitu laut pemisaha antara bumi UK dan Ireland. Tiba2 pelbagai gambaran menerjah ke fikiranku, aku mula terbayang bagaimana keharuan yg berlaku ketika titanic terlanggar iceberg lalu karam, aku terbayang bagaimana lautan luas yg penuh menggerunkan yg mampu menelan apa sahaja yg karam di perutnya.....

tiba2 aku teringat pula kes bekas perdana menteri Iraq yg pg tadi dijatuhkan hukuman gantung...aku cuba membayangkan ketakutan/kesakitan seseorang apabila dia mengetahui yg dia akan digantung pd sesuatu masa...bagaimana kalu kita ditempat itu?....ya Allah mesti menggeletar seluruh tubuh...tetapi sekurang2nya dia tahu bila dia akan mati dan sempat bersedia utk mengucap....berbanding dgn kita yg bebas ini, byk yg terleka dan tidak sedar yg suatu masa juga telah ditetapkan untuk kita ke sana

Bagiku Saddam bukan di hukum tetapi di bunuh! Hukuman itu penuh dgn motif politik, balas dendam dan khianat oleh pihak2 tertentu. Dihukum tampa di tutup muka, di hina, di benarkan rakaman di buat sehingga ke serata dunia dan yg paling membuat hati ini panas ialah ia di lakukan pd pagi hari raya aidiladha..satu tamparan hebat bg umat islam.

JIka saddam du hukum dgn hanya tuduhan membunuh 148 org syiah, Bush bangsat dan sekutunya wajar didahulukan utk digantung, mereka membunuh lebih dari 148 ribu orang yg tidak berdosa/kanak2 kecik/wanita/org2 tua....Ya Allah, berikanlah balsan setimpal ke ats mereka ini...nantikan dan tunggulah balasan Allah!

Doakan semoga Saddam mendpt keampunan dr Allah dan ditempatkan dr kalangan org2 yg soleh..Amin

Jika apa2 berlaku kepada pesawat ini, inilah takdir buat kami, mati dalam keadaan begini...mungkin sama saja derita kesakitan yg di hadapi oleh bekas presiden Iran yg dijatuhkan hukuman gantung pg ini tetapi mungkin aku bergelut kelmasan di lautan tak bertepi ini..yA Allah selamtakan kami dan ampukanlah dosa2 kami...

setelah hampir sejam lebih kami di udara akhirnya flite berjaya mendarat di bumi Ireland..hati begitu bersyukur

Aku mendekati housemateku yg tidak duduk bersamaku td, dia juga melpaskan rasa cuaknya denagn keadaan flite td, hampir saja dirinya nak termuntah

Alhamdulillah, kami selamat sampai akhirnya...diri bergegas mendapatkan bagasi dan meneruskan langkah utk pulang ke rumah....

Mati itu pasti, cuma kita tidak tahu bila, di mana dan bagaimana ia datang. Kita kdg2 ngeri memikirkan keadaan org lain yg menghadapi mati tetapi kdg2 kita terlupa yg kita juga akan meghadapi benda yg sama suatu masa nnti.Renung2kanlah wahai diri, sejauh mana bekalan mu utk hari muka kelak, yg pasti diri semakin menghampiri persinggahan sementara utk meneruskan perjalan yg lebih kekal abadi. Bagaimanakan nasib diri ini nanti? yA Allah berikanlah aku hidayahMU dan keredhaanMU. Matikanlah kami dalam keimanan kepadaMU.ameen.

Hanya padaMU Ya Rabbi....

Hanya pdMU Ya Rabbi....

Opick Melly Goeslaw - takdir

dihempas gelombang dilemparkan angin
sekisah kubersedih kubahagia
di indah dunia yang berakhir sunyi
langkah kaki di dalam rencanaNya

semua berjalan dalam kehendakNya
nafas hidung cinta dan segalaNya

dan tertakdir menjalani segala kehendakMu ya robbi
ku berserah ku berpasrah hanya padaMu ya robbi
dan tertakdir menjalani segala kehendakMu ya robbi
ku berserah ku berpasrah hanya padaMu ya robbi

bila mungkin ada luka coba tersenyumlah
bila mungkin tawa coba bersabarlah
karena air mata tak abadi
akan hilang dan berganti ( hilang kan berganti )

bila mungkin hidup hampa dirasa
mungkinkan hati rindukan Dia
karena hanya denganNya hati tenang
damai jiwa dan raga

dan tertakdir menjalani segala kehendakMu ya robbi
ku berserah ku berpasrah hanya padaMu ya robbi
dan tertakdir menjalani segala kehendakMu ya robbi
ku berserah ku berpasrah hanya padaMu ya robbi
hanya padaMu ya robbi

Monday, September 04, 2006

Dari Dapur

Dari Dapur

Assalamualikum...

Ini resipi2 yg berjaya di kumpul, jika anda pun ade feel free la untuk bg ek=)





AYAM PERCIK PUTIH

Bahan-bahan

Ayam 5 ketul (chicken leg potong 3)

Bawang merah 5-6ulas ( ie 2 labu bawang besar)

Bawang putih 3-4 ulas

Halia ½ inci

Asam limau secukup rasa, di buang kulit, di ambil air (lemon juice)

Tepung jagung ½ sudu besar

Santan 3-4 gelas

Garam dan gula secukup rasa

Serai 1-2 batang

Bahan A = sedikit santan pekat + sedikit daripada bawang merah n bawang putih halia yg telas dikisar +serai

Bahan B = santan + bawang merah n bawang putih n yg telah di kisar (lebihan dari Bahan A)+ air perahan limau (secukup rasa)+ tepung jagung



Cara-cara

1-Rebus ayam dgn Bahan A buat seketika (10 minit)

2-Keluarkan ayam tadi dan bakar

3-Panaskan Bahan B di atas api yg sederhana dan kacau perlahan-lahan

4-Kacaulah sehingga pekat dan tambahkan gula-garam secukup rasa, (AWAS!!

Jangan berlebihan)àdisamping jgn di lupa ayam yg sedang dibakar..nanti hangit

pula

5-Bila kuah pekat td telah cukup rasa masam,manis dan masinnya, then tuangkan

ia ke atas ayam yg telah siap di baker td

6-Hidangkan





NASI AYAM

Untuk buat sup

Tumis sedikit bawang putih dan bawang merah/besar + halia (semua di kisar)Masukkan ayam

Tambah air

Air rebusan ayam diatas dibahagi 2

1-untuk dibuat sup

2-untuk masak nasi


Sup

Lebihan air rebusan di atas + sup bunjut + garam + gula

Masak macam nak buat sup biasa

Bahan tumisan

Bunga lawang

Cengkih

Kulit kayu manis

Sedikit halia

Bawang besar

Bawang putih

Marjerin



Cara-cara

Bawang2 dan halia di kisar

Panaskan marjerin

Tumis kesemua bahan sehingga kuning



Nasi

Beras

Air lebihan rebusan ayam

Bahan tumisan

Serbuk kunyit



Cara-cara

Beras + air rebusan ayam + sedikit serbuk kunyit + bahan tumisan + air biasa ( if air rebusan td tak cukup

Sukatan cecair adalah seperti nak masak nasi biasa



Kicap

Kicap

Jus Lemon

Garam

Gula

Ambil dari lebihan perap ayam tadi juga



Ayam

Halia

Bawang merah/merah

Bawang putih

Kicap masin

Jus lemon

Air gula/madu



Cara-cara

Ayam yg telah direbus di perap dengan halia dan bawang-awang yg telah di kisar + kicap + madu/ air gula



Sambal

Lada

Bawang putih

Tomato (Jika perlu)

Gula

Garam



Cara-cara

Lada + bawang putih+tomato di kisar dan di masak atas api + garam + gula

Belfast oh Belfast

Belfast oh Belfast..

Assalamualaikum....

Alhamdulillah dapat juga melawati bandar belfast dan sekitarnya pada minggu lepas( cukup seminggu hari ni)..the journey took about 2.5 hours( dgn apa lagi kalau tak eireann bus) with my classmate Allaiyna. Tak sabar rasanya nak tiba di rumah ustaz nabir since dah lama janji dgn dia nak ke sana.

Mula-mulanya kami plan nak gi memancing (one of my hobbies,heheh) tp huhu, tak sempat pula tempah bot di tambah lagi dgn weather kat belfast yg kurang menyenangkan..tak pe, ade hikmah..neway memang best dpt duk selama 2 hari dgn keluarga ustaz nabir , kak hani dan their youngest son, adam. Syifa dan anas kat malaysia, bercuti sambil belajar agama sementara summer holiday ni

erm 2 hari di sana, walau pun tak jd apa yg di plan, tp dpt belajar dr ustaz dan kak hani byk perkara. indirectly dpt tengok dan belajar cara hidup ustaz sekeluarga dan cara ustaz n isteri ajar anak,hehe..walau pun hidup tak semewah merka2 yg berada tp ketenangan tu ade n tats most important

sempat jugak gi shopping ngn kak hani, byk juga nasihat kak hani kat kami nimaklumla kak hani kan dah byk makan garam dr kami.thanks kak=)..n yg paling best malam kami belajar buat kek dan masak ( bersusun buku resipi meraka,waaaa), so sempat la mencilup 2-3 resipi, heheheh

Adam, erm rindu betul kat si kecik ni walo pun baru 2 hari baru kenal, manja n playful budaknyer...tp akhir2 ni adam byk meragam sikit..rasanya sebab rindu kat kakak n abang dia ni, ya lah, budak2 ni tak reti na xpress their feeling kan??adam..adAam..penign jugak ustaz nabir dibuatnya, hehe

ermmm itu lah kisah di belfast, erk byk lagi sebenarnya tp malas nak tulis, tp apapun ukhuwwah yg terbina tak reti untuk di luahkan diskrin ni..tersimpan,terkunci kemas di sini (pegang kat hati). buat ustaz n kak hani, thanks for ur hospitality and segala tunjuk ajar, insya allah jika ade rezeki dan keizinan drNYA kita bersua lagi. =)

Monday, August 07, 2006

Cuti oH Cuti

Cuti Oh Cuti

27 mei - 22 jun
DID II, berjaya di ijazahkan beberapa kitab dari syeikh Muhammad Fauzi dari hadramaut, learnt many things eg tasawwur, fiqh, hadith, tarbiyatul sibyan etc. on 17 mei, went o cork with syeikh n several frens.

26 jun - 3 julai
Babysit anak2 abg amin n kak syaz. huh, pengalaman yg tak boleh dilupakan..sgt aktif la diorg ni, sampai terkial2+termengah2 aku n huda di buatnya, huhu. tak leh lupa kat aslam, asyraf, afif, fatimah n maryam , masing with own character, hehe, nakal2 dan manja2 sume

7 jul - 10 jul
went to Galway. rumah kat Sit, on saturday amik tour bus ke cliff n other interesting places in Galway...subhanallah, takjub sungguh dgn ciptaan Allah,,,sunday, kak sit, kak aini dan kak murni bawa gi jalan2 kat bandar galway....erm minggu ni juga final world cup...plan nyer nak balik ahad, tp world cup ptg tu so kami postponed ke Isnin

erm adeiiii Zidane buat hal....erm takpa la...sokong jugak france esp zidane, mungkin dia tunjuk contoh yg jgn di ikut,,,kikiki

11 julai
went to rose garden ngn kak syaz n abg amin satu famly...ya allah...subhanallah..cantik nyer bunga ros...ade beribu-ribu lemon gitu..dgn warna yg berbagai2...tiba2 teringat scene dlm citer hindustan, wakakaka, huuuu


22 jul - 24 jul
ke Wexford. Lawat ustaz wan n wife dia , Kak reeza..erm sambil2 tu buat pengisian, sempat la 23 pengisian, alhamdulillah..pengisian perut je lebih, heheheh..ustaz n wife bawa kami ( kak awe, hazim n me) jalan2 ke Cork..nak mancing tp umpan tak dak..huhu


29 jul
ke Balbriggan. rumah kak adib...aiseh jauhnyer perjalanan, dekat 2 jam naik bus..tp berbaloi la buleh makan daging bakar,ngn nasi sup ...yum yum... hehe

29 onwards
erm duk rumah n jalan2 sekitar dublin...next week????? where to? heheh

Jantung HatiKU=)

jantung hati ku=)

Inilah si kecil- si kecil jantung hati ku...2 hero n 1 org heroin, erm memag macam2 stunt la depa buat hari esp yg 2 heroes tu, huhu, kadang2 luruh jugak la jantung ngn hati
yg 1st tu afiqah a.k.a kakak..dah masuk darjah dua, dah jadi anak dara dah , kiki (musti dia marah kalo baca blog ni seb panggil dia anak dara). anak sulung, girl, so agak mendengar kata n suka sgt memerhatikan aktiviti/kerja yg aku buat time2 balik cuti, lepas tu dia akan bertanya..cik nda..cik nda kenapa ni?kenapa tu? huhu....berputar jugak la kepala duk cari jawapan.erm biasa la, budak2 yg sedang membesar, memg byk soalannya, n dia suka memerhatikan gerak geri kita. so kena pandai2 la agak bila nak buat sumtin sebb nanti dia tiru tak pun dia tanya, so get ready with a reasonable answer;)

yg 2nd, afiq, yg ni malu2 kucing sikit ngn orang, tp bila ngn famly sendiri, ya allah, sabar je lah....dah masuk tadika=), kalau cek beg sekolah dia bukannya buku di bawanya, tup tup keluar kereta mainan la....pistol air la..gasung la...dan macam2 lagi, huhu....manja sikit ngn Ma aku, maklumla kecik2 dulu ma yg jaga masa ummi dia kerja kat kl...among the siblings, afiq ni mudah sikit nangis, emotional sikit, kiki..selalu je kena berdebuk ngn hero yg sorang lagi tu, selalunya dia tak berani lawan, so cara yg paling selamat ialah pergi mendapatkan perlindungn dgn Tok Ma dia ( my mum) ler.kuikuikui

erm now its the time for Adid( nak wat nama adib sebenarnyer.. erm ntah macam mana ayah dia tersilap..isy..isy)..haaaa yg ni memg memg hero..tak puas hati je, tak ckp byk terus je bg..berdebuk...esp ngn abg dia tu, selalu je jd mangsa, tak pun pelarian ..hehe..pastu pandai belit lak...masa aku dtg sini, dia pun pergi hantar kat epot. apa lagi tiap kali nampak kapat terbang mesti dia jerit nama aku..cik nda..cik nda..cik nda tgk adid niii!!! dia laung...huhu..apa la adid ni, dia igt hari2 cik nda dia duk dalam flite kot...kuikuikui

suatu hari, satu kapal terbang melepasi kawasan rumah aku, kebetulan dia tgh bermain dgn kakak n abgnya, adid berlari menuju ke arah tempat lapang di mana dia boleh nampak kapal terbang tu, dgn nada yg tak mau berharap..dia melambai tangan sambil berkata.."babai cik nda"..huhu..nak menangis bila dgr Ma citer . sob..sob..sob

erm si jantung hati...tiap kali aku call, kalo diorg ade kat rumah Ma, berebut2 nak cakap, nak ni la..nak tu la...kuikuikui botak2 kepala cik nda...hehe apa2 pun yg pasti telatah diorg cukup mencuit hati n buat aku tersenyum sorang2 bila teringat

erm harap sgt diorg akan membesar dgn baik n jadi org yg berguna pada agama n bangsa..harap sgt diorg akan jadi lebih baik dr aku...buat kakak, afiq n adid, tidak mengapa kalu kita miskin harta, tp jangan sekali2 kita miskin nilai di hati, bukan hidup mewah yg perlu di kejar, bukan nama yg perlu anak2 semua cari tp tagihlah redha Ilahi..igtlah jantung hati ku..doaku semoga kalian di berkati=)

Monday, July 03, 2006

ADIIKKU SAYANG

Khas buat adik2 tersayang,

ADIKKU SAYANG

Adikku,
Genggamlah segunung semangat di tanganmu
Peluklah selaut ketabahan sepenuh hatimu
Jangan kau gusar apa juga arus yang melanda
Teruskan melangkah berani menongkah rintangan
Yang tidak akan sunyi mengganggu hidupmu
Kerana badai inilah yang mematangkan dirimu
Rintagan inilah yang menguatkanmu
Arus ini lah yang mendidikmu
Demi menjadi insan dewasa

Adikku
Nyalakanlah api kecekalanmu sentiap masa
Marakkanlah ia dengan usaha seluruh nyawa
Hangatkanlah ia dengan doa dan tawakkal kepada Pencipta
Usah kau gusar
Usar kau bimbang
Usah kau lemah
Kerana daripada dan kepadaNYA segala-mala
Pasti denganNYA kau bertemu salju ketenangan

Adikku sayang
Gagahkan langkahmu
Eratkan genggaman semangatmu
Teguhkan benteng doamu
Bersenjatakan pasrah akan ketentuaNYA
Kau pasti berjaya
Meniti hari muka
Sebagai insan dewasa


Nurzuhud

Monday, May 15, 2006

Saudaraku.....

HAMAS : Pesanan Buat Umat Islam di Malaysia
Posted on Monday, May 15 @ 16:20:49 MYT by admin

Analisis gunxx writes "

(Ini adalah pesanan Dr Khalil al-Haya mewakili HAMAS di Palestin untuk umat Islam di Malaysia. Beliau telah berada di Malaysia pada tarikh 11 Mei-17 Mei 2006 untuk siri kempen "Bersama Menyokong Rakyat Palestin dan kerajaan HAMAS". Pesanan ini telah diterjemahkan oleh Maszlee Malik di atas permintaan Dr Khalil)

Alhamdulillah, Allah telah memilih kami yang berada di Palestin untuk berjihad. Kami telah dipilih untuk menjadi barisan hadapan kepada umat Islam. Kami telah dipilih oleh Allah SWT untuk mengorbankan jiwa, nyawa, harta, anak-anak kami untuk menentang musuh Allah dan mempertahankan Masjid al-Aqsa. Kami juga telah dipilih oleh Allah SWT untuk mewakili umat Islam di seluruh dunia untuk menjadi benteng pertahanan kepada al-Aqsa, kiblat pertama umat Islam dan juga masjid ketiga suci mereka. Kami juga telah dipilih oleh Allah untuk menjadikan mati syahid sebagai impian utama kehidupan kami berbanding kehidupan dunia. Selama lebih daripada 60 tahun, kami hidup di medan pertempuran. Selama waktu itu jugalah kami dijajah, dizalimi, diseksa, dibunuh dan juga diperangi. Mengapa?, hanya kerana kami mengucapkan La Ilaha Ila Allah, dan kerana kami mempertahankan bumi serta masjid kami.

Pelbagai bentuk kesengsaraan telah rakyat Palestin lalui. Pengusiran dari rumah, kampung halaman, dan juga tanah watan. Dibunuh, diseksa, ditembak, dibom, dibantai, disembelih dan apa-apa lagi perbuatan tidak bertamadun yang boleh diungkapkan, telah kami lalui. Generasi berganti generasi, umat Islam di Palestin tetap sabar dan komited untuk terus kekal dan mempertahankan tanah air mereka. Ianya adalah jihad, ianya adalah kemuliaan, ianya adalah bukti yang ingin kami bawa sebagai mahar ke syurga nanti. Semoga Allah menerima pengorbanan kami ini.

Pelbagai bentuk kesengsaraan telah rakyat Palestin lalui.


Ketika di waktu awal penjajahan, kami, saudara anda dari gerakan Islam telah menjadi barisan utama perjuangan. Selepas beberapa waktu, gerakan Islam telah dibantai penjajah. Pembantaian itu walau bagaimanapun tidak cukup untuk melemahkan kami. Sehinggalah di zaman Jamal Abdul Naser, sepertimana saudara-saudara kita di Mesir dibantai, kami juga turut menerima kesannya. Semenjak tarikh tersebut,gerakan Islam terpaksa kembali ke bawah tanah. Kmai telah menumpukan usaha untuk pembinaan semula struktur perjuangan. Usaha pendidikan, dakwah, tarbiyyah dan kebajikan telah menjadi agenda utama kami. Kami laluinya dengan penuh kesabaran dan ketabahan. Sehinggalah di pertengahan 80'an. Apabila arus sekular telah mula jemu dengan perjuangan. Ketika arus sekular yang asalnya memandu perjuangan rakyat Palestin telah mula lesu. Kami mula memunculkan diri sebagai peneraju perjuangan rakyat Palestin. Perjuangan kami berbeza dengan perjuangan sebelum ini. Perjuangan kami adalah berteraskan Islam dan kami membawa mesej ummah. Perjuangan kami bukan hanya sekadar ingin memerdekakan sekeping tanah, tetapi untuk memandu kebangkitan umat Islam semula dan meninggikan syiar Islam di muka bumi ini.

HAMAS, semenjak hari pertama penubuhannya telah menjadikan jihad sebagai jalan utama untuk memerdekakan bumi Palestin. HAMAS juga telah menjadikan Islam sebagai landasan perjuangannya. HAMAS juga telah memberikan nyawa ahli-ahli mereka untuk tujuan tersebut. HAMAS juga telah berjanji dengan rakyat Palestin dan juga kepada umat Islam untuk terus komited dengan perjuangan mereka. HAMAS juga berjanji untuk memerdekakan masjid al-Aqsa walaupun terpaksa berjuang dengan kuku dan gigi sahaja. Itulah janji kami.

Selepas hampir 20 tahun berjuang, Allah memberikan hasilnya kepada perjuangan HAMAS. Kami diberi kepercayaan oleh rakyat untuk memerintah mereka. Kemenangan ini, walaupun indah, namun ianya merupakan ujian yang getir bagi kami. Kemenangan tersebut merupakan era baru perjuangan HAMAS. Kami terpaksa menambahkan satu lagi ruang di dalam perjuangan kami, iaitu ruangan politik pemerintahan. Semakin bertambahnya beban, semakin tingginya perngorbanan.

HAMAS juga berjanji untuk memerdekakan masjid al-Aqsa walaupun terpaksa berjuang dengan kuku dan gigi sahaja.


Buat umat Islam di Malaysia, andalah saudara kami yang paling hampir di Malaysia. Hati-hati kita telah diikat dengan fikrah dan aqidah yang sama. Kita telah dihimpunkan di dalam ikatan kerohanian yang jitu. Kita telah ditakdirkan untuk bersama di dalam perjuangan dengan manhaj yang sama. Kami adalah wakil anda di Palestin. Kemenangan kami adalah kemenangan anda. Pemerintahan kami adalah pemerintahan anda. Kerajaan HAMAS adalah kerajaan umat Islam dan hadiah buat perjuangan pecinta Islam di seluruh dunia. Tidakkah anda sedar perkara ini?, jika anda tidak sedarkan perkara ini siapakah lagi yang akan menyedarinya???

Umat Islam di Malaysia sekelian, menjadi pemerintah bukanlah sesuatu yang mudah. Apatah lagi memerintah di dalam fasa penjajahan dan peperangan. Apatah lagi jika pemerintahn itu hanyalah memerintah sebuah negara yang tidak berdaulat dan dinafikan kedaulatannya. Apatah lagi apabila memerintah sebuah negara yang menjadi sasaran keganasan penjajah Zionis yang didokongi oleh kuasa besar dunia yang zalim. Apatah lagi pemerintahan tersebut adalah mewarisi pemerintahan sebelumnya yang meninggalkan beban hutang sebanyak USD 3 billion di dalam akaun kerajaan. Inilah realiti kerajaan yang kami terajui. Inilah juga realiti kerajaan yang diterajui oleh HAMAS di Palestin. Inilah realiti kerajaan yang mewakili anda semua di seluruh dunia.

Sehingga kini, para pegawai kerajaan, termasuk para menteri, tidak menerima gaji semenjak 3 bulan yang lalu. Tahap pengangguran telah mencaai 31% di Gaza dan Tebing Barat. Bekalan makanan dan petrol semakin berkurangan. Ubat-ubatan di hospital semakin kehabisan. Baru-baru ini, tiga orang bayi telah meninggal di hospital di Gaza kerana ketiadaan ubat-ubatan yang mencukupi. Pelajar-pelajar tidak akan dapat menduduki peperiksaan kerana kehabisan kertas di sekolah-sekolah di Gaza dan Tebing Barat. Hatta, persidangan parlimen (Majlis Legaslatif) kami di Gaza hampir-hampir dibatalkan kerana kekurangan kertas.

Mengapa ini semua?, ianya adalah kerana keberkesanan tekanan yang dikenakan ke atas rakyat Palestin oleh rejim Zionis, AS dan juga EU. Tekanan yang dikenakan hanya semata-mata rakyat Palestin telah memilih calon yang mereka inginkan di dalam pilihanraya yang lalu. Tekanan yang dikenakan kerana kami enggan menurut ugutan mereka supaya mengiktiraf penjajahan Zionis. Tekanan juga dikenakan kerana kami ingin mempertahankan diri kami daripada dibunuh oleh pihak penjajah. Sampai bilakah tekanan ini akan berakhir?

Wang hasil kutipan cukai kami yang berjumlah USD 55 juta sebulan tidak pernah dipulangkan kepada rakyat Palestin.Rejim Zionis telah mengambilnya dari kami dan tidak pernah dipaksa untuk memulangkannya kepada kami. Mengapa tiada kuasa yang memaksa rejim Zionis untuk memulangkannya. Mereka juga telah menutup laluan udara, darat dan laut kepada tanah Palestin. Ekonomi kami berada di tangan rejim Zionis kerana perjanjian gila dan bodoh yang telah dipersetujui oleh kerajaan sebelum ini. Walau bagaimanapun, kami tidak mengharapkan itu semua.

Kami yakin, saudara-saudara seislam kami masih dapat membantu kami. Kami yakin saudara seaqidah kami akan dapat menampung keperluan rakyat Palestin dan mencukupinya. Kami yakin juga, saudara seaqidah kami di seluruh dunia akan dapat membuatkan kami terus hidup dan tidak bergantung kepada bantuan-bantuan daripada negara-negara bukan Islam, apatah lagi dari rejim Zionis. Persoalannya, di manakah saudara-saudara kami? Di manakah mereka di kala kami memerlukan mereka?

Wahai umat Islam di Malaysia. Kami mengharapkan agar anda mengepalai kempen untuk menyelamatkan kerajaan HAMAS di bumi Malaysia ini.


Wahai umat Islam di Malaysia. Kami mengharapkan agar anda mengepalai kempen untuk menyelamatkan kerajaan HAMAS di bumi Malaysia ini. Kami hanya mempunyai dua pilihan. Pertamanya, tunduk kepada tekanan AS dan EU lantas mengiktiraf Israel demi menghilangkan kesengsaraan rakyat. Pilihan yang kedua adalah teruskan berjuang dan tidak sekali-kali tunduk kepada tekanan. Kami telah memilih pilihan yang kedua. Kami akan terus berjuang ke titisan darah terakhir kami. Kami tidak akan sekali-kali mengiktiraf penjajah. Kami tidak akan sekali-kali tunduk kepada tekanan. Malangnya rakyat hanya boleh bertahan selama enam bulan. Tiap-tiap hari, rakyat mengadakan perarakan menyokong kerajaan dan menggesa agar kerajaan HAMAS tidak tunduk kepada tekanan. Kami yakin, rakyat akan terus menyokong, tetapi sampai bila?, perut mereka akan kosong. Kami tidak akan membiarkan rakyat kami kelaparan dan sakit tanpa rawatan. Kami perlukan bantuan anda untuk melakukannya. Mahukah anda melihat kerajaan HAMAS di Palestin membiarkan rakyatnya kelaparan?


Umat Islam di Malaysia sekelian,

Kami akan terus berjuang. Kami akan terus tetap dalam perjuangan sehinggalah setiap daripada kami akan gugur syahid. Kami akan terus memastikan prinsip Islam akan terus dijulang. Namun kami memerlukan sokongan dan bantuan anda.

Jikalau kami gugur syahid, dan anda sekelian terus diam membisu dan hanya menyaksikan sahaja, nantikan hari pembalasan. Kami akan tuntut dari Allah di atas kelembapan anda semua. Kami tidak akan redha terhadap kelesuan dan kebisuan anda semua. Kai tidak akan memaafkannya.

Kami mengharapkan agar anda menyumbang USD 1 (RM 3.60) setahun sahaja untuk menanggung kesengsaraan rakyat Palestin.


Umat Islam di Malaysia,

Kami mengharapkan agar anda bersikap pro-aktif. Kami mengharapkan agar anda menyumbang USD 1 (RM 3.60) setahun sahaja untuk menanggung kesengsaraan rakyat Palestin.

Kami juga mengharapkan agar anda melobi kerajaan anda yang menjadi pengerusi OIC untuk melakukan sesuatu.

Kami juga berharap dari anda untuk melakukan kempen kesedaran, dan libatkan masyarakat Malaysia, termasuk pertubuhan-pertubuhan bukan Islam untuk turut membantu rakyat Palestin.

Kami juga inign melihat anda menjadi juara di peringkat antarabangsa di dalam kempen kesedaran ini.

Banjiri media anda dengan isu Palestin dan al-Aqsa. Halakan mereka untuk menyokong perjuangan rakyat Palestin.

Kepalailah usaha serantau untuk tujuan tersebut, andalah harapan kami.

Dan akhir sekali, kami mengharapkan agar anda tidak melupakan kami di dalam doa-doa anda sekelian. Berdoalah agar kami thabat di dalam perjuangan. Berdoalah agar kami tetap di dalam perjuangan kami. Berdoalah agar kami dikurniakan mati syahid. Berdoalah juga, agar kita dapat bersama-sama bersolat di dalam Masjid al-Aqsa satu hari nanti, di mana pada waktu itu, bendera Islam akan berkibar dan syariat Allah akan berdaulat sekali lagi di atas muka bumi ini...

Allah Akbar!!!

Saudaramu,
Khalil Ismail al-Haya
Ketua Whip HAMAS di Majlis Legaslatif Palestin,
14 Mei 2006.


Ya Allah tuhan yg MAha Kuasa, KAU selamatkanlah saudara2ku di Palestin...

Wednesday, May 10, 2006

Harus kau percaya dengan pasti...

Debu - Debu Dosa
Album : Damai
Munsyid : Hijjaz
http://liriknasyid.com


Ke arah mana halanya
Bagi insan yang terleka
Mengejar nikmat dunia
Bagaikan hidup selamanya
Tak peduli dosa noda
Seksa azab neraka
Hidup jauh dari rahmatNya

Terpedaya pada dunia
Pentas ciptaan manusia
Terlupa pada segala
Mengikut nafsu semata
Membiar syaitan beraja
Di hati dan juga jiwa
Mengejar dunia penuh debu dosa

Teguhkanlah iman dalam diri
Moga dikau akan merasai
Betapa indah nikmat Ilahi
Dan yakin kau akan dirahmati

Harus kau percaya dengan pasti
Dunia tidak kekal abadi
Hanya menguji cekalnya hati
Sebagai khalifah yang sejati


Tak perlu kau meragui
Andai teguh keimananmu
Pasti bahagia menanti
Di akhirat yang abadi....

Monday, May 08, 2006

INILAH JALAN KITA

INILAH JALAN KITA
Teman
Jalan ini penuh dengan liku berselutkan sendu
Onak duri melata melambai penuh mesra
Dalam pengembaraan yang tiada hujungnya
Pasti kaki dan tubuhmu akan merasa
Merana dek tusukan tajam pedih perit penuh berbisa


Teman
Jalan ini tidak berturap tanpa persinggahan
Jalan sunyi yang jarang di lewati
Jalan warisan para ambiya’ yang berzaman
Jalan pejuang kebenaran penyambung mata rantai
Tiada jalan pintas..tiada jambatan..tiada jalan mudah
Tiada….
Yang ada
Cuma kesakitan dalam kelunakan
Kepahitan dalam kemanisan
Kepenatan dalam kepuasan
Keperitan dalam ketenangan
Penderitaan di dalam kebahgiaan

Teman
Jalan ini sangat jauh
Tanpa keazaman dan kecekalan
Kau pasti terkandas
Jalan menuju shuhada
Jalan kemenangan
Jalan ke syurga
Itulah JANJI!

Teman
Jalan ini penuh derita tetapi bahagia
Sakit tetapi puas
Pahit tetapi manis
Perit teapi tenang
Dan JANGAN kau lupa
Inilah jalan lurus
Inilah jalan yang di redhai
Inilah JALAN KITA!

Nurzuhud